Ahad, 25 Ogos 2013

Ahlan wasahlan

Assalamualaikum w.b.t


Sebagai pelajar PPISMP Sejarah ambilan  Jun 2013 kami dikehendaki mereka blog  bagi memenuhi tuntutan kerja kursus subjek Kemahiran Belajar.    Insha Allah , post yang berikutnya merupakan perkongsian tentang apa yang saya pelajari sepanjang perjuangan di medan ilmu di IPG KPM.  Meskipun sekadar memenuhi kerja kursus , diharap blog ini mampu memberi ilmu yang bermanfat walaupun hanya sedikit.

Kursus Pendidikan sejarah sekolah Kebangsaan merupakan subjek baru yang akan diajar dis ekolah rendah kepada pelajar Tahun 4 sehingga 6. Subjek ini wajar diajar sejak sekolah rendah lagi bagi memupuk semngat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar bak kata pepatah , melantur buluh biarlah dari rebungnya. sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak , matlamat pengajaran Sejarah juga adalah untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang didiami oelh pelbagai kaum yang berbeza agama , adat dan budaya.

Melalui pendidikan Sejarah , kita bukan sahaja mengkaji tentang perkara lalu yang mempunyai signifikan , bahkan kita diajar untuk mempelajari adat dan budaya kaum lain. Hal ini pastinya dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang kaum lain di samping membentuk persefahan yang kukuh agar keharmonian negara dapat dilestarikan.