Isnin, 26 Mac 2018

KEPEMIMPINAN SEKOLAH

DEFINISI

Menurut Danim (2010), kepemimpinan sekolah (school leadership) adalah proses membimbing dan membangkitkan bakat dan tenaga guru, murid, dan orang tua untuk mencapai tujuan pendidikan yang dikehendaki.

 Hersey dan Blanchard berpendapat : “ kepemimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti seseorang atau kelompok untuk mencapai tujuan dalam situasi tertentu”.
Overton berpendapat : “ leadership is ability to get work done with and through others while gaining their confidence and cooperation”.


Pendapat pertama menekankan makna kepemimpinan sebagai proses mempengaruhi orang lain mencapai tujuan dalam suatu situasi. Sedangkan pendapat kedua menekankan fokus kepemimpinan terhadap kemampuan seseorang memperoleh tindakan dari orang lain. Dengan begitu hakikat kepemimpinan juga merupakan kemampuan mempengaruhi orang.
Menurut Owens kepemimpinan disimpulkan sebagai berikut :
a)      Kepemimpinan adalah suatu kelompok fungsi yang terjadi hanya dalam proses dua orang atau lebih yang berinteraksi.
b)     Para pemimpin bermaksud memberi pengaruh terhadap perilaku orang lain.
Menurut Overton pemimpin mempunyai karakteristik diantaranya :
a)      Kecerdasan
b)     Kematangan sosial
c)      Motivasi dan oreantasi prestasi
d)     Percaya diri

KONSEP KEPEMIMPINAN SEKOLAH
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seorang guru besar. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi guru besarnya pula seorang yang lemah dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Oleh sebab itu, kepimpinan yang cekap memainkan peranan yang penting dalam kepimpinan sekolah.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), Guru Besar merupakan tonggak kepimpinan pendidikan di sekolah perlu bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan memiliki kepintaran pelbagai, bersahsiah cemerlang serta dapat menjadi sumber tenaga kerja yang compatible dengan pasaran kerja dan menjadi modal insan kelas pertama. Justeru, tanggungjawab Guru Besar sebagai pemimpin organisasi sangat luas.

Aspek-aspek Kepemimpinan Guru Besar di Sekolah
1. Perancangan
Menentukan matlamat jangka panjang dan pendek yang hendak dicapai oleh sekolah.
Menentukan kaedah-kaedah untuk mencapainya.

2. Pengelolaan
Memilih gaya kepemimpinan yang sesuai untuk mengelola, menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan.
Keberkesanan pengelolaan Guru Besar akan meningkatkan penyempurnaan perancangan dan membantu mencapai matlamat organisasi sekolah.

3. Pengarahan
Merujuk kepada bagaimana seseorang pentadbir dan pengurus sekolah dalam memberi tugasan serta mempengaruhi kakitangan bawahannya bagi mendapatkan kerjasama untuk melaksanakan tugas bersama-sama.

4. Pengawalan
Pengawalan merupakan suatu proses untuk menentu dan menjamin agar kegiatan pekerja terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Kebiasaannya Guru Besar mengawal prestasi guru dan kakitangan supaya tidak terkeluar daripada garis-garis perancangan.

UNSUR KEMANUSIAAN DALAM KEPEMIMPINAN GURU BESAR.
Walaupun Guru Besar bertindak sebagai pengurus dan pemimpin, namun perlu diingatkan bahawa guru besar berurusan dengan sumber manusia. Oleh yang demikian, antara aspek kemanusiaan yang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya adalah seperti berikut:
-menganggap semua guru, pekerja dan murid sebagai anak buah masing-masing.
-menyampaikan arahan secara diplomasi.
-menghargai pendapat, daya usaha ataupun penglibatan yang diberikan oleh anak buahnya.
-memberi kepercayaan kepada orang kanannya dan murid yang dibimbing.




Rabu, 16 Oktober 2013

Kemahiran Membaca




SEBELUM
1. tentukan bahan bacaan yang akan dibaca
2. tentukan cara bahan disusun
3. tentukan perkara yang perlu diingat daripada bahan bacaan
4. Tujuan membaca

SEMASA
1. Kenalpasti isi-isi penting
2. Kenalpasti pola pemikiran penulis
3. Hubungkan idea-idea
4. Ramalkan apa yang akan berlaku
5. Hubungkaitkan idea penulis dengan apa yang telah diketahui

SELEPAS
1. kenalpasti tujuan penulis
2. Analisis teknik dan bahasa penulis
3. Nilai kecekapan dan kewibawaan penulis
4. menyoal soalan kritis
5. Menilai sifat dan jenis bukti yang dikemukakan

Bacaan pantas
1. Skimming
2. Scanning

Bacaan secara kritis
1. KWLH
2. SQ3R

Tip menajamkan minda

1. Sentiasa menjaga kebersihan gigi

 

 

 

2 . pastikan tubuh sentiasa wangi dan bersih

 

 

 

 

 

3. Elakkan tidur selepas subuh dan asar

 

 

 

 

4. Amalkan masa makan yang teratur 

 

 

 

5. Kerapkan aktiviti berkuda , memanah , berenang dan bersenam...


 

p/s ; teringin nak bermain sukan sunnah seperti berkuda dan memanah...


sumber : majalah GenQ