Tips untuk berjaya yang pernah dikemukakan oleh Dr Shukri Abdullah , salah seorang motivator terkenal yang berasal dari Yan , Kedah ( tempat menuntut ilmu dulu tu...)
SEDIA AWAL
maksudnya , kita kena selalu maju ke depan sedikit berbanding apa yang diajar oleh guru ,,, dengan ini kita akan dapat tahu serba-serbi tentang topik yang bakal diajarkan oleh guru di dalam kelas.. gambaran awal yang diperolehi pasti akan membantu memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkara tersebut..
Nak lagi menarik , kita kaji dengan lebih mendalam dan jika terdapat persoalan yang tidak ditemui jawapannya (melalui carian sendiri) , bolehlah bertanya guru ..
TUMPUAN 100 %
FOKUS itu sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran sama ada dari segi penglihatan , pendengaran , apatah lagi pemikiran... selalunya yang menjadi masalah di sini khususnya pelajar di asrama ialah... TIDUR..
ULANGKAJI
kalau pelajar dan sedang belajar , perkataan ini memang tidak akan tertinggal terutamanya apabila hampir waktu peperiksaan meskipun last minute.. Pelbagai cara dan jalan dapat dilaksanakan sama ada dengan membuat latihan , membaca dan berbincang . Semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing .
akhir kalam , setiap insan punya impian dan kejayaan yang ingin dicapai , sajauh mana tahap keberhasilannya bergantung kepada semangat dan usaha kita dalam melaksanakan,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan