Rabu, 16 Oktober 2013

7 golongan

Hadis riwayat Al-Bukhari ini bermaksud : "Ada tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari tiada naungan selain naungan-Nya"

1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
3. Pencinta Masjid
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
5. Orang yang menolak godaan untuk berzina
6. Orang yang menyembunyikan sedekahnya
7. Orang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air matanya.

sumber : Majalah GenQ

Khamis, 19 September 2013

S.A.T.U.




Tips untuk berjaya yang pernah dikemukakan oleh Dr Shukri Abdullah , salah seorang motivator terkenal yang berasal dari Yan , Kedah ( tempat menuntut ilmu dulu tu...)








   SEDIA AWAL
         maksudnya , kita kena selalu maju ke depan sedikit berbanding apa yang diajar oleh guru ,,, dengan ini kita akan dapat tahu serba-serbi tentang topik yang bakal diajarkan oleh guru di dalam kelas.. gambaran awal yang diperolehi pasti akan membantu memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkara tersebut..
Nak lagi menarik , kita kaji dengan lebih mendalam dan jika terdapat persoalan yang tidak ditemui jawapannya (melalui carian sendiri) , bolehlah bertanya guru ..






                                             
 

 TUMPUAN 100 %  

FOKUS itu sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran sama ada dari segi penglihatan , pendengaran , apatah lagi pemikiran... selalunya yang menjadi masalah di sini khususnya pelajar di asrama ialah... TIDUR..





ULANGKAJI
kalau pelajar dan sedang belajar , perkataan ini memang tidak akan tertinggal terutamanya apabila hampir waktu peperiksaan meskipun last minute..  Pelbagai cara dan jalan dapat dilaksanakan sama ada dengan membuat latihan , membaca dan berbincang . Semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing .




akhir kalam , setiap insan punya impian dan kejayaan yang ingin dicapai , sajauh mana tahap keberhasilannya bergantung kepada semangat dan usaha kita dalam melaksanakan,,,







Ahad, 25 Ogos 2013

Ahlan wasahlan

Assalamualaikum w.b.t


Sebagai pelajar PPISMP Sejarah ambilan  Jun 2013 kami dikehendaki mereka blog  bagi memenuhi tuntutan kerja kursus subjek Kemahiran Belajar.    Insha Allah , post yang berikutnya merupakan perkongsian tentang apa yang saya pelajari sepanjang perjuangan di medan ilmu di IPG KPM.  Meskipun sekadar memenuhi kerja kursus , diharap blog ini mampu memberi ilmu yang bermanfat walaupun hanya sedikit.

Kursus Pendidikan sejarah sekolah Kebangsaan merupakan subjek baru yang akan diajar dis ekolah rendah kepada pelajar Tahun 4 sehingga 6. Subjek ini wajar diajar sejak sekolah rendah lagi bagi memupuk semngat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar bak kata pepatah , melantur buluh biarlah dari rebungnya. sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak , matlamat pengajaran Sejarah juga adalah untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang didiami oelh pelbagai kaum yang berbeza agama , adat dan budaya.

Melalui pendidikan Sejarah , kita bukan sahaja mengkaji tentang perkara lalu yang mempunyai signifikan , bahkan kita diajar untuk mempelajari adat dan budaya kaum lain. Hal ini pastinya dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang kaum lain di samping membentuk persefahan yang kukuh agar keharmonian negara dapat dilestarikan.